Wednesday, July 31, 2013

Aku dan Magnet

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

penulisan pertama sejak sekian lama menyepi.

kisah aku dan magnet adalah sebuah cerita pengalaman kebudak-budakan yang dialami oleh diriku sendiri.
kisah ini terjadi pada sekitar tahun 1992.  Disaat itu, umur saya baru mencecah 5 tahun.

apa itu magnet?adakah kita semua sudah berjaya mengenali magnet pada usia 5 tahun? magnet pada saya ketika itu adalah sebuah besi hitam yang boleh menarik besi atau logam dan mudah didapati di bahagian bontot speaker. di daerah saya, magnet dikenali sebagai besi berani.

saya mula berfikir pada ketika umur itu bahawa dari mana datangnya magnet. magnet mempunyai kuasa menarik besi atau logam dan pada masa yang sama saya fikirkan kenapa manusia tidak boleh terbang. saya juga kunfius kenapa kebanyakan objek di bumi tidak boleh terapung.

saya mula mengkaji asal usul magnet berdasarkan pemerhatian kurang cerdik seorang kanak-kanak. hasilnya, saya membuat kesimpulan bahawa magnet itu berasal dari perut bumi. magnet ada di bawah tanah!!!magnet adala tarikan graviti!!haha.. lalu dengan semangat kesaintisan, saya mengambil cangkul yang lurus tu( cok betul) dan cangkul biasa lalu memulakan kerja menggali tanah bagi mencari magnet.

sehinggalah saya kepenatan dan berehat dengan mengunyah pokok kemuncup lalu terlena di atas padang di kawasan klinik desa ibu saya.

kenangan manis yang melucukan!