Friday, April 23, 2010

aku dan magnet

masa kecik aku suka main magnet..
aku selalu pikir dari mana datangnya magnet nie..
aku pelik mcm mn magnet leh tarik besi...
nak jadikan cerita,,pada suatu hari aku tgk tv,,
dalam tv tu citer sbb apa manusia tidak dapat terbang,,
program tv tu ckp sbb seakan ada kuasa magnet yang tarik manusia untuk melekat kat bumi..
maksudnya kuasa graviti la..aku masa tu budak lagi(5tahun),mana la tau benda2 sains nie..
aku pun pelik,walhal bumi ni bulat tapi kenapa manusia tak jatuh or terbang..
aku dengan cerdiknya berpendapat bahawa dibawah tanah ni ada magnet yang tarik manusia..
maka petang tu jugak aku amek cangkul betul utk korek tanah..nak cari magnet nie..
semangat glerr...korek punya korek smpai la aku gv up..xjumpa2 magnet..
ada la dalam 2kaki aku gali..
aku pon nek umah sbb da maghrib..mandi2,ikut rutin macam biasa dan tidur,,
pagi esok bangun aku dan lupa pasal magnet,,lagipon aku da ada plan len da nak buat...
begitu la kisah aku dan magnet..

p/s:dulu magnet paling senang nak cari adalah kat bhgn blkg speaker..

alat pemadam api dan budak kantoi

memandangkan rumah aku adalah kuarters klinik desa,rumah aku bersambung dengan klinik..
aku selalu gak la lepak klinik ma aku nie...
benda faveret aku slalu main adalah mesin penimbang,stereoskop,dan picagari..
dalam klinik tu jugak ada alat pemadam api kecil jenis debu(foam)..

bermulalah cerita pada suatu petang(after waktu kerja)..
aku jalan2 keliling rumah..men gali2 tanah,panjat pokok ubi ngan cari ladybird..
masa tu ada tetamu datang..
aku da bosan sgt..aku p la masuk dalam klinik..pintu bilik rawatan kunci..tapi aku tahu mana ma aku simpan kunci tu..(atas suis kipas)..aku bukak pintu bilik klinik tu..
aku nampak la alat pemadam api ni..
saje gatal tangan,,aku test..
aku tarik picu die pastu tekan pedal die...maka dengan automatiknya keluar la isinya...
putih je debu tu keluar..penuh dalam klinik..memandangkan rumah aku bersambung ngan klinik,,bahagian atas alang ada lubang2 udara,,maka kantoi la..asap debu masuk dalam umah aku..
apa lagi berlari la ma ,papa n tetamu pi tengok what happen...
by the way,sebelum tu aku da melarikan diri..sempat aku kunci pintu balik dan simpan kunci kat tempat asal..
aku pun terus sembunyi dengan memanjat jendela dan buat2 tidur dalam bilik..
dan aku terus tertidur.

pada malam nya..aku buat bodoh jer..
buat2 xbersalah..
after makan malam..biasanya ma aku akan ajar hafal sifir..
masa tu ma aku tanya ttg kejadian ptg td..
aku dgn jahat tak mengaku..
ma aku pown ckp jgn menipu sbb tak baik..
die ade bukti..masa tu hanya aku da ma aku je..
papa ngah tgk tv..
die cakap ada kesan tapak kaki budak kecik...(logik la sebab debu,,so mmg akan tggl kesan tapak kaki)..n then masa aku tidur ada debu pemadam api kat kaki aku...kantoi...
aku pon mengaku la..
aku cakap tak sengaja..
ma aku cakap ok..len kali jgn buat lagi..
die malas nak besarkan citer,,biasa la budak kecik..ada niat mahu mencuba..
hoho...itulah alkisah kekantoian aku..

my 1st love story-KATEGORI CINTA ANAK MONYET

my 1st love..
aku tak tahu citer ni boleh dikategorikan sebagai kisah cinta or tak,,
alkisah....
masa aku umur 5tahun,papa aku hantar aku pi sekolah tadika..
jarak tadika dgn rumah aku dalam 800meter kot..
tadika kat dalam kampung,rumah aku lak kat tepi jalan besar,,
dulu aku duk kuarters jururawat,ma aku nurse kampung..
aku pi tadika papa aku hantar..
hari pertama tak de masalah..aku bukan jenis manja..
tak nanggis pon..pernah sekali papa aku lambat datang ambil,,aku jalan sorang2..
masa tu 1st time aku rasa sedih sbb jeles tgk orang len parents jemput..

okay,nie br masuk part cinta..
nak dijadikan cerita,dalam tadika aku ni ada sorang budak perempuan comel..nama kalau tak silap NINI kot..lupa da nama sebenar die ape..
bapak die askar,,aku tahu sebab die tggl kat kuarters askar..
aku xde la kapel pown ngan die..
cuma nie la 1st time aku minat kat perempuan..
aku just admire die je la..
selalu skodeng die..
aku gak slalu citer kat pak sedara aku,ayah ngah..
tiap kali aku balik kampung,ayah ngah aku akan tanya
perkembangan aku ngan si nini nie...
jawapan aku senang je,,dalam proses..
sampai la hbs tadika,still dalam proses...
dan memang aku loser.hehe..lagipon masa ni aku sibuk cari kawan..
baru kenal kawan2 budak kampung..
antara yang aku ingat,,
SEROK,SADE,SITI,HAPIH...

huhuhu...nie je la cerita kali pertama perasaan aku nie dicuri oleh perempuan..
umur 5tahun pon da gatai da...hehe

Tuesday, April 13, 2010

ku malas menulis

aduhs...
malasnya..
ngantuk la plak..semalam tdo lewat sbb men xbox ad..
from malam sabtu smpai lhari ni,bnyk cerita-cerita hangat..
tapi sebab malas,blog ni lopong..

tapi sebagai kesimpulan yang boleh aku buat bagi semua cerita ni
ialah JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI, YAKIN PADA DIRI, JANGAN MENYUSAHKAN ORANG,FIKIR DULU SEBELUM BUAT..

salam bicara...

p/s: ngah plan nk tulis semua kisah cinta aku dari sekolah tadika sampai sekarang...

Friday, April 9, 2010

kali pertama..

seusia malam ku menantimu..
dihembus embun aku tersipu..

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
blog akustatik ni adalah blog kedua yang telah aku tulis..
dalam blog ni akan banyak menceritakan kisah sebenar kehidupan aku..
aku takde la hebat seakan MAHATHIR, sefames SITI NURHALIZAdan se'havoc' ZIZIE EZZETE..
tapi di sini adalah ruang cyber aku..di sini adalah hak aku..
dengan menulis ianya dapat meluahkan segala keperitan, kisah-kisah terpendam, cerita-cerita lawak yang pernah aku gelak, perasaan-perasaan cinta dan bermacam lagi..

tiada paksaan untuk sesiapa baca penulisan aku ini..cukup sekadar aku dapat meluahkan segala isi hati ni..walaubagaimanapun, aku harap pembaca jangan mudah terpengaruh dengan segala kisah buruk dan jahat kerana bukan niat nak berbangga tapi sekadar pengajaran dan iktibar..
hanya kisah benar dan yang benar sahaja..tapi adakalanya penulisanku terpaksa ditapis dan dirahsiakan identiti individu-individu lain sekiranya ada yang terlibat..dan perlu juga aku merahsiakan rahsia2 besar diriku,keluarga ku dan kerajaanku..

AKUSTATIK merupakan tajuk lagu dalam album OAG..
aku suka lagu nie..
tapi tujuan aku pilih nama nie sebagai 'title' blog nie kerana aku mempunyai maksud tersendiri terhadap frasa AKUSTATIK ni..

akhir bicara,
selamat melayari blog AKUSTATIK ini..
salam bicara..